Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum saya nak bertanya
Antara cucu saudara lelaki/perempuan dengan
Nenek saudara/atok saudara(belah ayah/belah mak)
Antara mereka ini mahram atau tidak boleh ke bersalam
Jawapan
Berdasarkan situasi yang diterangkan, nenek saudara atau atuk saudara adalah adik beradik kepada nenek atau atuk sendiri. Oleh itu, seorang cucu boleh bersalaman dengan adik beradik nenek atau atuk dan dikira sebagai mahram.
Sekian, terima kasih.