BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam. Apakah hukum jika claim resit seperti optical/dental yang sama dua kali kerana kedua-dua suami dan isteri mempunyai benefit allocation untuk pasangan masing-masing. Contohnya isteri membeli cermin mata dan claim ke atas company beliau, dan suami mengambil resit isteri juga untuk claim ke atas company beliau atas nama isteri kerana ada allocation untuk isteri. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil

Secara umumnya menggunakan resit yang sama dan menuntut kepada 2 pihak yang berbeza adalah salah di sisi undang-undang (claim fraud). Oleh yang demikian, ini adalah penipuan yang diharamkan dalam Islam. Hal ini kerana manfaat (claim) yang diberikan oleh syarikat adalah berdasarkan perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan, bukan sebagai keuntungan atau pendapatan tambahan. Maka, apabila resit yang sama digunakan untuk menuntut dua kali, ia dianggap tuntutan palsu dan secara tidak langsung mengambil harta pihak lain dengan cara yang batil. 

Rujuklah bahagian yang menguruskan tuntutan di syarikat tempat anda bertugas bagi mendapatkan maklumat lanjut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 13

message user image