BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya proses & presedur untuk memfailkan taklik tambahan selepas 5 tahun berkahwin.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umumnya pasangan boleh untuk membuat taklik tambahan selain daripada taklik yang dibaca selepas akad nikah. Perkara ini tidak melibatkan proses mahkamah dan ia boleh dibuat antara suami dan isteri sahaja namun untuk mengelakkan pertikaian pada masa akan datang, pasangan boleh menggunakan khidmat peguam atau mana-mana orang yang boleh menjadi saksi terhadap lafaz taklik tersebut.

Sebagai makluman dan peringatan, pasangan mesti memahami bahawa lafaz taklik tambahan itu, sekiranya dilanggar dan jatuh maka ia termasuk dalam kategori perceraian luar mahkamah dan ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 125, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, iaitu sabit kesalahan suami boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 33

message user image