BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Apakah hukum membeli rumah low cost lebih daripda satu untuk disewakan. Rumah low cost landed bernilai RM350K. Rumah landed di sekitarnya sudah bernilai RM500K ke atas. Di mana sangat mahal dan berada di luar kemampuan. Harap tuan/puan dapat membalas pertanyaan saya ini. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, secara asasnya hukum membeli rumah untuk disewakan adalah harus menurut Syarak selagi mana ia dilakukan secara sah dan tidak mengandungi unsur penipuan, kezaliman atau perlanggaran terhadap hak orang lain. Hal ini kerana, rumah kos rendah kebiasaannya diperuntukkan khas untuk golongan yang berpendapatan rendah sebagai salah satu usaha kerajaan membantu rakyat memiliki rumah pertama dan mampu milik. 

Justeru, sekiranya pembelian rumah kos rendah tersebut dibuat mengikut syarat dan ketetapan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, serta tidak menafikan hak individu yang lebih layak dalam skim berkenaan, maka hukumnya adalah harus untuk membeli rumah tersebut dan seterusnya menyewakannya.

Namun, jika pembelian tersebut melanggar syarat asal skim, seperti membeli lebih daripada satu unit sedangkan kelayakan hanya satu, atau membeli dengan tujuan pelaburan semata-mata tanpa keperluan tempat tinggal sebagaimana objektif skim itu diwujudkan, maka perbuatan tersebut tidak dibenarkan. Ia termasuk dalam kategori penipuan, penyalahgunaan kemudahan, serta menzalimi hak golongan yang sepatutnya menerima manfaat tersebut.

Selain itu, pembelian tanpa memenuhi kelayakan juga bercanggah dengan Syarak dan melanggar peraturan undang-undang yang ditetapkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image