BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Pejabat Agama berkaitan yang telah disebut oleh saya kepada isteri saya melalui telefon.waktu itu kami baru lepas bergaduh mulut dan marah.saya telah menyebut ayat seperti berikut:

“Kalau aku berjaya nanti aku ceraikan kau.”

Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada lafaz tersebut menyebabkan jatuh talak atau ia hanya dianggap sebagai lafaz talik?

 

 

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan, ucapan suami kepada isteri: “Kalau aku berjaya nanti aku ceraikan kau.” berbentuk khabari atau perkabaran hasrat sekiranya suami berjaya, dia akan menceraikan isterinya. Seandainya dia berjaya dan ingin menceraikan isterinya, maka suami perlu melafazkan ucapan talak kepada isterinya.

Taklik talak tidak berlaku kerana lafaz taklik hendaklah berbentuk insya'i, iaitu talak berlaku dengan serta-merta jika syarat atau taklik itu berlaku. Seperti ucapan suami: "Jika saya berjaya nanti, tercerailah engkau".

Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti dalam mengesahkan suatu lafaz talak atau taklik talak itu sah terletak pada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau pengesahan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 37

message user image