BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Adakah berlaku curang di belakang isteri/suami selama setahun lebih, kemudian bercerai, dan suami/isteri yang curang menganggap jodoh itu tidak panjang? Betulkah perspektif ini dalam Islam?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Jodoh adalah suatu perkara yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah SWT terhadap setiap hamba-Nya.

Seseorang itu berkahwin lalu bercerai adalah atas usaha dan ikhtiar seseorang itu. Setiap ikhtiar, pilihan dan perbuatan yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan. Namun, setiap perkara yang berlaku adalah kehendak dan izin Allah SWT. Semua itu telah tercatat di Luh Mahfuz, di dalam pengetahuan ilmu Allah SWT. Firman oleh Allah SWT di dalam surah Yasin ayat 12:

إِنَّا نَحْنُ نُحْيِ الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ 

Maksudnya: Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam kitab (ibu suratan) yang jelas nyata.

Bertanggungjawablah dan bertaubat atas segala pilihan dan perbuatan diri. Dan tunaikanlah amanah (seperti nafkah terhadap anak-anak bagi suami) agar tidak mengeruhkan hubungan walaupun sudah berpisah. Serta percaya bahawa Allah akan memudahkan segala urusan kerana sesungguhnya di setiap kesukaran, ada kemudahan. Firman Allah SWT di dalam surah al-Syarh ayat 5;

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا، إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maksudnya: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image