BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah.saya nak tanya apa hukum kita terima duit elaun dari orang lain walaupun orang itu ikhlas memberi dan menganggap itu belanja.sebagai contoh,elaun malam = RM 30.orang tersebut ingin tukar shift dengan saya tetapi dia tak  ambil elaun tu.sepatutnya bila tukar shift malam,dia akan dapat elaun tersebut.tetapi dia bagi kepada saya atas sebab belanja dan atas dasar terima kasih kerana sudi tukar shif dengan saya.mohon pencerahan ustaz dan terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, elaun tersebut adalah hak bagi pekerja yang bertugas pada shift berkenaan sebagaimana ditetapkan oleh syarikat. Oleh itu, jika pertukaran shift dilakukan secara suka sama suka dan tidak melanggar peraturan syarikat, maka pekerja yang bekerja pada shift malam tersebut diharuskan menerima sumbangan daripada duit elaun berkenaan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 18

message user image