BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

seorang wanita kematian suami bernikah di Thailand waktu PKP. Atas kekangan itu Dan sedikit kecuaian akhirnya sijil pernikahan tersebut tidak dibuat pengesahan pernikahan di Malaysia sehinggalah ditakdirkan jodohnya tidak panjang maka perceraian terjadi dengan mendapat sijil cerai dari pejabat agama Islam songkla.

Persoalannya apabila habis tempoh iddah bagi Perempuan tadi adakah dibolehkan untuknya bernikah lain menggunakan sijil mati arwah suami yang sebelum ini.Kerana untuk menggunakan sijil cerai dari thailand ianya adalah tidak valid bagi undang-undang di Malaysia yang syaratnya " perdaftaran nikah dithailand mesti didaftarkan di Malaysia" walaupun proses nikah kawin@cerai tersebut sah disisi agama.

Mohon mendapat penjelasan.Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Secara ringkasnya, suatu penceraian yang hendak disahkan di negeri Selangor yang mana perkahwinan itu dilakukan di luar negara, maka perkahwinan itu perlu disahkan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, sekiranya perkahwinan yang dilakukan di luar negara dan telah mendapat sijil penceraian dari negara tempat di mana akad nikah itu dilakukan, pihak Pejabat Agama Islam Daerah boleh menerima sijil penceraian tersebut, tanpa perlu mendaftarkan perkahwinan atau penceraian itu terlebih dahulu untuk membenarkan seseorang perempuan itu berkahwin semula.

Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut, sila hadir sendiri ke Pejabat Agama Islam Daerah terdekat bagi mendapatkan kepastian.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 25

message user image