Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Jika taklik tambahan yg ditulis isteri di teks henfon dan isteri fahamkan kepada suami yang maksiat dalam taklik itu hanya bermaksud jika check in dgn perempuan dan suami setuju dan ikut dibaca suami tanpa niat cerai, taklik tambahan itu berbunyi "
Dengan Nama Allah, aku bersumpah,
Aku (nama suami), suami kepada (nama isteri).
Jika aku berlaku curang, melakukan perkara yg bertentangan dengan syarak seperti melakukan maksiat bersama orang lain dan memuat turun aplikasi berhubungan dengan wanita lain selain isteriku atas dasar ingin melampias nafsu kerana amarah atau suka suka, maka jatuh talak satu terhadapnya.
"maksiat bersama orang lain" itu difahamkan kepada suami, hanya check in bersama wanita lain. Jika suami melakukan liwat kepada lelaki lain/ check in dan liwat dgn lelaki lain. Adakah melanggar syarat? Sefaham saya syara kena jelas dan tertentu, x boleh sifat umum. Lagi satu. Lafaz taklik seperti itu adakah sah? Sbb syarat lafaz itu umum dan lafaz itu hanya dibuat suami isteri dan tanpa ke mahkamah.
Dan "memuat turun aplikasi berhubungan dengan wanita lain selain isteriku". Aplikasi itu tidak ditentukan semasa suami lafaz taklik tapi Isteri fahamkan kepada suami yg apps seperti omi dan tinder. Bagaimana macamtu? Adakah mendownload apa apa apps lain juga dikira? Terima kasih.
Jawapan
Menjawab pertanyaan tuan :
Menjawab soalan yang diajukan, tidak menjadi syarat sah lafaz taklik talak dikaitkan dengan syarat yang khusus. Taklik talak tetap sah walaupun dikaitkan dengan syarat yang umum. Sekiranya suatu taklik talak itu diniatkan dengan suatu syarat yang khusus, maka hanya syarat khusus itu sahaja yang terpakai.
Di samping itu, tidak disyaratkan taklik talak itu berlaku di dalam Mahkamah. Sebaliknya taklik talak tetap sah walaupun berlaku di luar Mahkamah.
Memandangkan pihak yang berautoriti di dalam mengesahkan suatu lafaz talak atau taklik talak adalah pihak Mahkamah Syariah, maka disaran agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan kasar segera.
Sekian, terima kasih