BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam sejahtera,

Saya ingin bertanya berkenaan hukum membuat animasi berkenaan kisah2 dlm bible. Saya bekerja dalam syarikat yg menghasilkan animasi, dan salah satu projek yang baru kami terima adalah utk membuat animasi tentang kisah-kisah dalam bible. Saya berada dalam keadaan tersepit kerana baru kehilangan kerja, jadi wajarkah saya terima projek ini? Jika hukumnya haram, saya akan terus berhenti dan cari kerja lain. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umum, bekerja di dalam membuatan animasi adalah diharuskan. Walau bagaimanapun, sekiranya animasi yang dibuat mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan ajaran Islam, seperti memperlihatkan gambar atau bentuk makhluk yang dianggap haram dalam Islam (contohnya menggambarkan wajah Nabi Isa a.s.) maka ia haram untuk dibuat dan disebarkan. Selain itu, jika animasi ini menggambarkan kisah-kisah yang boleh membawa atau menyeru kepada penyelewengan akidah Islam, maka ia akan menjadi haram. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 14

message user image