BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

arwah bapa saya telah berkahwin dengan isteri keduanya di thailand pada tahun 1996 ( jika tidak silap ) tanpa pengetahuan ibu kandung saya dan perkahwinan itu tidak didaftarkan di malaysia ketika itu. perkahwinan tersebut mereka di kurniakan 2 anak, 1 perempuan dan 1 lelaki

isu sekarang,saya ingin bernikah pada bulan 12 tahun ini, dan jika mengikut hukum hakam susun tertib wali, adik lelaki sebapa saya itu yang akan menjadi wali ( adik lelaki kandung saya telah meninggal ). tetapi di sijil kelahirannya di bahagian " NAMA KANAK KANAK " , nama adik lelaki sebapa saya tidak berbin kan nama arwah bapa saya. dan nama arwah bapa saya cuma ada di bahagian " NAMA BAPA". tetapi di kad pengenalan adik lelaki sebapa saya itu namanya berbin kan arwah bapa saya

mengikut maklumat yang saya dapat dari abang arwah bapa saya (paklong saya), mengatakan bahawa arwah bapa saya memang bernikah di thailand, tetapi sijil/surat nikah dari thailand itu telah hilang dan tiada sebarang bukti lain yang kuat untuk menyokong maklumat dari paklong saya.

jadi adakah saya layak untuk minta menggunakan wali hakim kerana status adik lelaki sebapa saya itu meragukan dan saya seperti tidak yakin bahawa adik lelaki sebapa saya itu adalah anak sah taraf


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan di atas, saudari boleh memohon ke Mahkamah Syariah untuk penentuan status wali, samada adik lelaki sebapa itu layak atau tidak menjadi wali kepada pernikahan saudari. Memandangkan pihak yang berautoriti dalam menjelaskan pertanyaan saudari adalah pihak Jabatan Agama Islam Selangor, maka saudari boleh merujuk kepada :

Bahagian Undang-Undang Keluarga, Bangunan Sultan Idris Shah, No 2 Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam Selangor

  • Tel:03-55143600/3400
  • Faks: 03-55103368
  • Email: info@jais.gov.my

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 16

message user image