BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya mempunyai masalah waswas najis. Saya pulang dari keluar jalan2 dan mendapati serangga besar berupa seperti lipas berada dalam baju. Selepas menghalaunya, saya nampak dua titik perang kecil berdekatan dengan kawasan serangga tersebut menyorok dan saya muskhil mungkin najisnya. Soalan saya:

1) Adakah ia najis dan bolehkah dibawa solat?

2) Adakah seluar saya yg menggesel titik perang pada bahagian dalam baju saya juga najis?

3) Saya cuba basuhnya bawah air mengalir untuk pastikan jika ia boleh dibasuh. Warnanya tidak hilang tetapi air aliran basuhan (tidak berubah warna, rasa dan bau) telah terkena baju bersih saya. Saya cuba menggesel baju tersebut dan ia akhirnya hilang. Adakah air basuhan yg mengalir pada baju bersih saya najis dan menjejaskan solat?

Terima kasih kerana menjawab


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

1. Berdasarkan apa yang dinyatakan, tidak dapat dipastikan bahawa 2 titik perang yang terdapat berhampiran dengan serangga tersebut adalah najis atau tidak. Memandangkan tidak dapat dipastikan ia adalah najis, maka ia tidak dianggap sebagai najis. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqh:

اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak). 

Oleh itu, tiada halangan untuk dibawa baju tersebut ke dalam solat.

2. Seluar itu tidak menjadi bernajis.

3. Air basuhan itu tidak bernajis dan tidak menjejaskan solat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image