BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamulaikum ustaz.

Saya tinggal di apartment yang ramai pelihara anjing.

Cleaner akan gunakan peralatan permbersihan yang sama untuk membersihkan najis anjing dan lantai diluar rumah dan kawasan lain sekitar apartment.

Contoh mop yang digunakan utk membersihkan najis anjing. Akan dibersihkan guna air sahaja utk hilangkan najis tersebut tanpa guna tanah (sertu). Mop tersebut kemudiannya akan digunakan untuk mop lantai di depan rumah dan kawasan lain.

1. Adakah mop tersebut dianggap najis hukmi? Dan adakah najis berpindah sekiranya mop tersebut basah. Atau tangan tersentuh mop tersbut dalam keadaan basah?

2. Adakah seluruh kawasan lantai dianggap bernajis mughallazah kerana mop tersebut digunakan utk mop lantai ( basah)?

3. Adakah sy perlu sertu, setiap kalo sy terpijak kawasan lantai yg telah bersihkan mop tersbut dalam keadaan lantai atau kaki/selipar sy basah?

Mohon pandangan ustaz kerana benda ini membuatkan sy sentiasa was-was lebih2 lagi melibatkan najis mughallazah dan sy berdepan hampir setiap hari perkara ini. Dan ini agak memberatkan sy sekiranya lantai kawasan rumah tersebut dianggap telah terkna najis mughallazah.

Terima kasih.

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, kawasan laluan awam tidak perlu dirisaukan tentang kemungkinan adanya najis atau tidak kerana ia termasuk dalam kategori kawasan umum al-balwa serta berada di luar kawalan individu. Umum al-balwa bermaksud perkara yang berlaku secara berulang-ulang dan meluas sehingga sukar bagi majoriti orang untuk mengelakkannya, lalu ia menjadi satu kesukaran yang diberi keringanan atau pengecualian dalam hukum.

Sesuatu perkara hanya dihukumkan apabila ia berada dalam kawalan dan kemampuan seseorang. Sekiranya di kawasan rumah tuan terdapat najis anjing yang diyakini kewujudannya dengan wujud ain najis baik bau, warna atau rasa, maka barulah dituntut untuk dibersihkan dan dilakukan sertu.

Adapun memijak kawasan yang telah dimop menggunakan mop yang dinyatakan sama ada dalam keadaan basah atau kering tidak menajiskan selipar atau kasut yang dipakai kecuali jika terbukti dan diyakini terdapat ain najis yang melekat padanya.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image