BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya tentang fidyah puasa. Baru-baru ini ibu saya baru meninggal dunia. Dia disahkan menghidap penyakit mental iaitu skizofrenia dan anxiety disorder, bermula pada tahun 2009 sehingga  dia meninggal dunia pada tahun 2025. Selama 16 tahun itu dia tidak dapat berpuasa. Adakah wajib utk waris membayar fidyah tersebut? Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Bagi menjawab soalan yang diajukan, berdasarkan situasi yang diterangkan, waris wajib untuk membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan dengan menggunakan harta peninggalan ibu. Tidak wajib bagi anak membayar hutang si ibu daripada harta sendiri melainkan dengan kerelaan anak tersebut. Untuk proses pembayaran fidyah sila layari laman web Lembaga Zakat Selangor. Bayaran fidyah juga boleh dibuat secara atas talian melalui e-MAIS atau di kaunter Baitulmal MAIS atau Baitulmal Daerah yang terdapat di Pejabat Agama Islam Daerah dalam Negeri Selangor. Sila klik pautan berikut Fidyah.Mais untuk maklumat lanjut 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image