Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya nak tanya tentang anjing dan sertu.
1. kalau anjing suka tidur di parking kereta dalam keadaan kering atau basah adakah perlu kita bersihkan tempat itu atau tak perlu bersihkan sebab ianya hanyala parking kereta ?
2. kalau anjing tidur di tiles depan pintu rumah dalam keadaan basah dan ada stain dan tak pasti najis ke bukan dan jika bukan najis tapi tetap stain dari anjing yang basah adakah perlu sertu ?
3. jika kucing saya dah berjalan di kawasan yang mempunyai stain anjing yang basah itu tidur adakah perlu bersihkan kucing dan sertu satu rumah sebab kucing tu duduk di rumah ? kucing saya jalan di kawasan tu setelah stain itu kering.
Minta untuk respon secepat mungkin, terima kasih.
Jawapan
Dalam Islam, sesuatu itu dianggap suci selagi tidak ada bukti yang jelas ianya bernajis atau terkena najis. Jika anda hanya ragu-ragu tanpa kepastian, maka kawasan tersebut dianggap suci dan tidak perlu untuk melakukan sertu. Sehubungan itu, jika menghukumkan sesuatu itu adalah bernajis hanya sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.
Jika sekadar ragu-ragu atau samar-samar tanpa bukti yang kukuh, anda tidak perlu sertu. Islam tidak membebankan seseorang dengan perkara yang tidak jelas dan mengelakkan diri daripada perasaan was-was.
Oleh itu, merujuk kepada persoalan yang diajukan:
1) Tidak perlu bersihkan, sebab parking kereta bukan tempat yang wajib suci untuk solat.
2) Jika tidak pasti terdapat kotoran pada kawasan tersebut, maka tidak perlu disucikan secara sertu, cukup sekadar dibersihkan sahaja dengan air mutlak yang mengalir. Jika kawasan tersebut benar-benar ada kesan najis (seperti air liur atau kencing anjing) maka ianya perlu di sertu.
3) Jika ianya hanya sekadar andaian bahawa kucing telah melalui kawasan tersebut sama ada dalam keadaan basah atau kering maka kucing tersebut tidak bernajis dan juga menajiskan kawasan rumah. Oleh itu, tidak perlu disertu satu rumah.
Sekian, terima kasih.