Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Suami sy adalah seorang menantu yang sgt baik pada ibu dan ayah sy. Suami sy telah kehilangan ibunya sebelum berkahwin dengan sy manakala ayahnya meninggal dunia ketika usia perkahwinan kami berusia 7 Tahun. ibu dan ayah sy pun sama. sangat baik pada suami sy dan juga menantu yang lain. ibu sy dia sangat selesa meminta tolong dgn suami sy. contoh pergi ke kedai beli barang hantar ke hospital. Baru-ini ibu dan ayah sy ae menyatakan hasrat untuk datang ke rumah sy dan tinggal beberapa hari di rumah sy. Kami sgt teruja bila mereka nk datang ke rumah. Untuk pengetahuan sy dan suami tidak lah sesenang adikberadik yang lain. Tapi bila mereka kata nak datang rumah kami sanggup cari duit lebih dan kumpul duit untuk bawa ibu dan ayah berjalan2 dan makan yang sedap2 semasa mereka di rumah. kami. Tapi akhirnya mereka x jadi datang sebab kakak sy dari seremban ajak ibu ayah sy ke rumahnye sebab bapa mertua kakak sy sedang sakit. Tetapi tidak lah teruk. Hanya tidak sihat seperti biase dan ada di rumah. maka ibu ayah sy ke rumah mereka selama 7 hari. dan juga mereka juga ke rumah adik sy di selangor selama 3 hari. sy tiada masalah mengenal perkara ini sebab sy tengok ibu ayah sy seronok sambil berjalan2 disane. Tetapi sy terkejut bile suami sy meluahkan rase hatinye pada sy bahawa dia sangat terkecil hati psl isu ini. sebab ibu ayah sy tidak pernah tidur dirumah kami biarpun banyak kali suami sy ajak datang kerumah.Ibu ayah sy di Terengganu. Dan kami suami isteri di Kuantan. suami sy juga maklum dia terkecik hati sebab ketika ayahnya meningga dunia, ibu ayah sy tak datang ziarah. Saya jugak ada kakak di kedah. ketika bapa dan ibu mertua kakak sy di kedah meninggal ibu ayah sy ade ziarah. sama jugak adikbradik yang lain. bila ade dgr tidak sihat mereka pergi ziarah. Jadinya suami sy terasa hati. Sebelum ni suami sy xpernah bagitahu dia terasa hati tetapi disebabkan dia rasa penat kumpul duit nak sambut ibu ayah sy dtg rumah tetapi tak dapat datang suami sy meluahkan rs hati dia. Dan selalunya sebulan sekali kami akan balik ke Terengganu. sebelum kami ada seorang dan belum sekolah hampir sebulan 2 kali kami balik. tetap bila anak dah bertambah dan sudah bersekolah kami balik sebulan sekali. Tetapi untuk bulan 11 dan 12 ini suami sy maklum dia xnak balik kampung dan meminta maaf pada sy sbb dia masih tersa hati. ibu dan ayah sy tidak tahu hal ini. ibu ada telefon bila nak balik sebab nak ajak pergi beli barang dapur. sy serba salah untuk cakap xbalik. Apa boleh sy buat? sy cuba bercakap dengan baik pada suami. tetapi dia banyak berdiam diri. Ibu ayah sy dia baik pada suami sy. xpernah mereka membezakan menantu2 mereka. tetapi mungkin mereka rasa suami sy jenis tidak kisah jadi mereka merasa bende tu xde masalah.
Jawapan
Merujuk kepada kenyataan puan, sebaiknya masalah dalaman keluarga seperti ini perlu dijernihkan antara suami dan ibu bapa puan supaya perkara ini tidak berlarutan dan lebih memakan diri. Lebih-lebih lagi perkara yang telah berlalu diungkit-ungkit kembali. Sedia maklum ibu bapa tidak boleh membahagi kasih sayang yang sama rata kepada anak menantu. Ukuran itu tidak boleh dinilai dengan angka. Namun, kebaikan yang pernah suami dan puan curahkan kepada ibu bapa tiada bandingannya. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang sebaiknya di atas kebaikan tersebut.
Justeru, berlapang dada dan tenang-tenang sahaja. Kita jangan terpedaya dengan hasutan dan bisikan hati untuk mulakan protes dan seumpamanya. Cuma, mohon diberi masa dan ruang kepada suami untuk memujuk dirinya sendiri. Jika mahu berterus terang, sebaiknya dikemukakan terus perihal ini kepada ibu bapa tanpa melibatkan adik-beradik lain. Semakin berusia, kita semakin mudah tersentuh dan terguris hati namun, jika difikir dari sudut yang lain lebih baik dilepaskan perasaan-perasaan sedemikian. Pengalaman hidup dan kematangan diri menjadikan manusia itu boleh berfikir dengan sewajarnya. Jangan jadikan keluh kesah kita itu sebagai musibah (penat kumpul duit tapi tak jadi datang) bahkan tukarkan perasaan itu kepada anugerah atau rezeki dan seumpamanya. Cth : "ada hikmahnya Allah aturkan ibu ayah tak jadi datang, duit yang dikumpul ni oleh buat simpanan/ persekolahan anak-anak, bulan Ramadhan dan Syawwal pun dah semakin hampir, boleh buat keperluan untuk keluarga sendiri". Dengan maksud setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya untuk puan sekeluarga.
Sekian, terima kasih.