BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,saya ingin bertanya jika isteri meminta suami berjanji sesuatu perkara yang tidak boleh die lakukan,jika ia melanggar janji,isteri meminta ia berpisah.. sekiranya suami pon mengikuti cakap isteri ok jika abang tidak mengikuti kita berpisah..sekadar berkata begitu,adakah boleh jatuh talak?saya mohon jawapan dari ustaz terima kasih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan, ucapan suami: "ok, jika abang tidak mengikuti kita pisah" merupakan persetujuan suami akan permintaan isteri sekiranya suami tidak dapat memenuhi janji yang ditetapkan, maka suami sedia untuk berpisah atau menceraikan isterinya. Jawapan suami itu tidak menyebabkan jatuh talak secara serta merta. Seandainya suami tidak dapat memenuhi janji tersebut dan suami bersedia untuk meneruskan persetujuan berpisah, maka suami perlu melafazkan talak kepada isteri. Jika suami tidak melafazkan talak, maka talak tidak berlaku.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 21

message user image