BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt,

Saya ingin bertanya tentang tanggungjawab menjaga ayah yang uzur. Tujuan saya bertanya untuk memahami dengan lebih jelas tentang perkara ini. 

Ayah saya mempunyai 4 org isteri yg masing-masing mempunyai 11, 2, 3 dan 2 orang anak daripada perkahwinan tersebut. 

Isteri pertama telah meninggal-dunia. Yang ke-2 dan ke-3 kami tidak tahu status tetapi tidak tinggal bersama sudah lama. 

Yang ke-4, hidup bersama selama hampir 30 tahun. Ibu yang bekerja dan mencari nafkah. Ayah tidak bekerja. Dipendekkan cerita, ibu telah memfailkan fasakh dan berjaya awal tahun ini. Anak dari perkahwinan ini ada 2 orang perempuan.

Ayah sudah uzur dan memerlukan perhatian. Soalan saya, siapakan yang lebih patut menguruskan dan menjaga ayah ? Saya merupakan anak perempuan daripada perkahwinan yg ke-4. Sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil. 

Saya banyak berfikir mengenai hal ini. Saya tidak mampu untuk menguruskan seorang diri risau kalau saya sedang berdosa. Adik beradik lain sudah pun tidak bertegur sapa sejak ibu memfailkan fasakh. 

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semua anak wajib berbuat baik dan menjaga kebajikan ayah mengikut kemampuan masing-masing. Secara umum, anak lelaki lebih diutamakan untuk mengambil tanggungjawab menjaganya. Adalah tidak berdosa bagi saudari jika tidak mampu menjaga ayah sepenuhnya, kerana telah berusaha menguruskan ayah, terutama jika ada tanggungjawab terhadap suami dan anak kecil. usaha, doa, dan keprihatinan saudari terhadap ayah sudah dikira sebagai birrul walidain (berbuat baik kepada ibu bapa).

Tanggungjawab menjaga boleh dibahagi secara kolektif, bergantung kepada siapa yang lebih berkemampuan dari segi masa, kewangan, dan kemampuan fizikal untuk menjaga ayah. Kami menasihatkan agar diadakan perbincangan untuk mendapatkan kata putus yang dipersetujui bersama. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 14

message user image