Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
kalau istiadah, perlu ke tukar pad (yang ada darah) setiap kali nak solat?
Jawapan
Merujuk persoalan yang diajukan, adapun wanita istihadhah dalam situasi di mana darahnya sering keluar dan langsung tidak ada waktu darahnya berhenti daripada keluar. Oleh sebab itu, ketika situasi tersebut dia diwajibkan untuk mengambil wuduk atau memperbaharui wuduknya setiap kali hendak solat, di samping wajib membasuh faraj serta disarankan untuk menutup laluan keluar darah dengan kapas dan memakai tuala wanita. Oleh yang demikian tuala wanita ( pad ) yang ada darah bagi wanita yang beristihadah hendaklah ditukar setiap kali sebelum mengambil wuduk untuk solat.
Sekian, terima kasih.