BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum wbt..

Sy nk tanya,tempat kerja saya merupakan salah sebuah sekolah mubaligh kristian..Baru-baru ini pihak gereja mewajibkan setiap kelas dipasang lambang salib bg mengekalkan imej sekolah mubaligh tersebut.Soalan saya,adakan terganggu aqidah kami sebagai orang Islam yang sepanjang hari berada di dalam kelas tersebut.& Apa yang perlu kita ucap apabila setiap kali terpandang lambang salib tersebut?Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan, melihat salib dengan niat mengagungkan atau membenarkannya adalah haram. Manakala melihat salib sekadar ingin mengetahui tanpa memberi kesan di dalam hati tidak menjejaskan akidah, namun dianggap sebagai makruh. 

Apa yang boleh dilakukan apabila terpandang atau terlihat salib adalah beristighfar atau mengucapkan syahadah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 14

message user image