BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan mufti yang dimuliakan Allah swt,

saya ingin bertanya,

Sekiranya di surau kami menjadikan kitab fadhail amal karangan maulana zakariyya al kahdanlawi sebagai bahan bacaan umum selepas asar,

Apakah pandangan tuan?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Amalan membaca kitab Fadha'il al-A'mal karangan Maulana Zakariyya al-Kandahlawi sebagai bahan bacaan umum di surau-surau mahupun masjid adalah amalan yang baik dan patut dicontohi. Walaupun begitu, sekiranya ianya dibacakan oleh orang awam, cukuplah sekadar membaca hadis-hadis berserta huraian yang telah diterangkan oleh Maulana Zakariyya al-Kandahlawi dalam kitab tersebut. Ini bertujuan ia tidak diterangkan dengan cara atau pemahaman yang salah oleh orang awam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image