BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Situasi saya:

Saya akan berada di Tokyo selama 10/12-16/12. Pada 10/12-13/12, saya akan menginap di Shinjuku. Kemudian, saya akan bertukar hotel ke Ginza pada 13/12-16/12. Shinjuku dan ginza tidak melebihi 2 marhalah, namun ia berada di special wards of tokyo yang berlainan. Bolehkah saya jamak dan qasar sepanjang percutian ini?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Dalam situasi puan, tempat puan dikira sebagai tempat bermukim kerana melebihi 3 hari, dan jarak antara Shinjuku dan Ginza kurang daripada 2 marhalah tidak boleh dianggap sebagai perjalanan yang baharu, maka puan perlu solat secara tamam (sempurna, bukan qasar) sepanjang berada di sana, dan hanya boleh jamak qasar semasa perjalanan pergi dan balik sahaja.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image