BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustaz saya nak bertanya, jika saya memesan makanan dalam grab, tetapi rider bukan Islam yang hantar, macam mana ya tuan? hari ni hujan, jadi ada basah² . terima kasih.

i. dalam bekas yg dia letak makanan saya tu, saya tak tahu bercampur dengan makanan haram/najis ke tidak. kemungkinan ada bersentuh atau tidak.

ii. dia pegang bungkusan macam mana ya, sebab basah kan. kalau kita sentuh pulak basahan tu. kemungkinan basahan itu air hujan.

iii. macam kasut/selipar dia yg basah memijak tangga dalam keadaan basah, macam mana ya?

Kalau nak tanya dia serba salah pulak, kena tanya ke? tapi kena cari dia dulu lah ada lagi tak dalam sistem tu.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa sesuatu hukum ditentukan berdasarkan keyakinan dan umat Islam tidak dibebankan dengan perkara yang berada di luar kawalan dan syak . Sekiranya makanan yang diterima berada dalam keadaan baik, maka tidak timbul sebarang persoalan dan masalah. Ruang penyimpanan makanan seperti beg Grab yang digunakan oleh pemandu bukan Islam tidak menyebabkan makanan lain yang dibawa menjadi haram atau bernajis kecuali apabila terdapat bukti yang jelas dan diyakini contohnya seperti tumpahan arak atau kuah daripada masakan babi. Demikian juga hukum terhadap pemandu bukan Islam yang memegang makanan serta kasutnya yang memijak tangga dalam keadaan basah akibat hujan semuanya tidak menimbulkan masalah selagi mana tidak terdapat ‘ain najis. Tidak perlu dan tidak dituntut juga sampai bertanya kepada pemandu bukan Islam tersebut.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image