BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam. Boleh saya tahu apakah perbelanjaan asas yang dikatakan untuk cara kedua dalam pengiraan zakat pendapatan?

pendapatan - perbelanjaan asas = baki yang boleh dizakat


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Secara asasnya, Had al-Kifayah atau perbelanjaan asas menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS) adalah merujuk kepada segala keperluan asasi yang mesti ada pada diri seseorang dan tanggungannya seperti isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan sebagainya. 

Keperluan asasi yang diambil kita dalam penentuan Had al-Kifayah adalah seperti berikut:

  • Perlindungan.
  • Makanan dan minuman.
  • Pakaian.
  • Perubatan.
  • Pendidikan.
  • Pengangkutan.

Justeru, untuk mendapatkan kiraan zakat pendapatan yang lebih tepat maka tuan boleh membuat kiraan melalui laman web berikut, https://www.zakatselangor.com.my/kira-zakat/ atau berhubung dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai badan berautoriti yang menguruskan hal ehwal zakat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 3

message user image