BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya,saya ada masaalah kentut faraj hari2 ,kadang2 xboleh beza kentut faraj ke atau bunyi angin di bibir faraj saja, jadi kalau begitu satu wudhu satu  solat je kan ? Jadi persoalan saya andai saya tengah solat di rakaat ke 1 atau 2 saya banyak bergerak & saya juga ada masaalah was2 yang teruk menganggu solat saya ,saya masih cuba melawan ,lepastu saya solat balik adakah masih sah wudhu saya?atau saya kene pergi berwudhu balik?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa sesuatu perkara dihukum berdasarkan keyakinan. Begitu juga dalam setiap perkara sama ada dalam urusan keduniaan atau akhirat, seseorang itu hendaklah berpegang dengan hukum asal yang diyakini dan menghilangkan syak yang mengganggu fikiran. Kaedah ini hakikatnya menjelaskan bahawa menjadi satu tuntutan kepada setiap individu untuk meninggalkan segala keraguan dan syak dalam kehidupan kepada keyakinan yang menenangkan. Hadis Rasulullah SAW:

إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ أَخَرَجَ مِنْهُ شَىْءٌ أَمْ لاَ فَلاَ يَخْرُجَنَّ مِنَ الْمَسْجِدِ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا

Maksudnya : Apabila salah seorang kamu mendapati ada sesuatu di dalam perutnya lalu dia berasa musykil sama ada telah keluar sesuatu dari perut atau tidak, maka janganlah dia keluar dari masjid sehinggalah dia mendengar ada bunyi atau mendapati ada bau. (Riwayat Muslim )

Wajib yakin dan bezakan sama ada yang keluar itu angin (kentut) dari dalam rongga badan atau sebaliknya. Jika ia keluar dari dalam badan, maka batallah wuduk dan solat. Jika bukan, ia adalah bunyi angin yang berada di permukaan faraj sahaja. Justeru, tidak membatalkan wuduk dan solat. Banyakkanlah beristighfar dan memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada sesuatu yang tidak diyakini atau waswas. 

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 3

message user image