BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Kucing saya telah digigit anjing pada bahagian leher. Terdapat luka dibawah leher kesan daripada gigitan anjing tersebut. Saya telah membawa kucing saya kepada veterinar selepas kejadian tersebut dan kucing dibenarkan pulang selepas 3 hari berada di klinik haiwan.

Persoalan saya,

1) Perlukah saya samak keseluruhan badan kucing termasuk di bahagian luka atau memadai sekiranya saya mandikan seperti biasa?

2) Sangkar yang saya guna untuk bawa kucing pergi veterinar perlu disamak atau hanya basuh seperti biasa?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan,

1) Tidak perlu sertu keseluruhan badan kucing kerana kucing tidak mukallaf . Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak dapat dipastikan dengan jelas ain najis yang kelihatan, maka tidak perlu disertu. 

2) Sangkar tidak perlu disertu. Cukup sekadar dibersihkan seperti biasa dengan air bersih.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 2

message user image