BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , ada kenalan saya yang mewakafkan sebidang tanah, kemudian tanah tersebut didirikan tempat perjudian, adakah kenalan syaa terdebut akan mendapat dosa?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umumnya, harta wakaf mesti digunakan untuk perkara yang halal dan bermanfaat untuk kegunaan orang ramai atau sesuatu yang diperuntukkan bagi keperluan yang berkaitan agama Islam. Jika ia digunakan untuk perkara maksiat seperti aktiviti perjudian, penggunaan tersebut adalah batil dan melanggar syarat wakaf. Merujuk kepada persoalan, kenalan tuan tidak berdosa jika beliau tidak mengetahui dari awal tanah tersebut digunakan untuk perkara maksiat. Adalah sebaiknya memaklumkan perkara tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang merupakan pemegang amanah tunggal wakaf yang bertanggungjawab mentadbir semua harta wakaf supaya tanah yang diwakafkan tersebut digunakan kepada perkara yang bermanfaat. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 2

message user image