Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya tak tahan dengan sikap suami yang baran, ada rekod ambil dadah. Walaupun sekarang dia tak mengaku dia ambil dadah tapi perlakuan dia saya boleh kenal. Duit berniaga yang. Dapat di tangan bila saya suruh masukkan dalam vank untuk restock dia akan marah dan kata saya kontrol duit padahal saya takut dia gunakan untuk beli rokok dan dadah . Selalu pusingan barang niaga tak cukup daya kena keluarkan duit saya sendiri fan jarang berganti. Belanja wajib rumah daya kena fikir seperti bil felefon, internet, api air , yuran anak dan lain2. Kalau dia tengok saya berbelanja lebih sedikit untuk diri saya dia akan tuduh saya banyak duit oadahal duit gaji saya sekali sekali saya gunakan untuk diri saya. Lebihnya untuk cukupkan keluarga. Saya dha penat. Banyak lagi yg berlaku sehin6saya dah tak ada hati nalah selalu rasa runggsing. Boleh tak saya nak mohon fasakh dan boleh tak kalau permohonan itu dihantar secara online dan hadir bila dapat tarikh nanti? Sebab lokasi jauh
Jawapan
Menjawab persoalan puan, merujuk kepada situasi yang dinyatakan, puan boleh memohon fasakh atau perceraian dengan membuat permohonan melalui Mahkamah Syariah di daerah yang berhampiran tempat tinggal. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi pejabat tersebut atau layari laman web berikut : https://www.jakess.gov.my/ seperti muat turun borang yang berkaitan, alamat Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran tempat tinggal dan sebagainya.
Sekian, terima kasih.