BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

seorang lelaki yang telah beristeri, menikahi seorang perempuan lain sebagai isteri kedua. dalam pengakuannya kepada pejabat kadi, dan dalam sijil nikahnya dengan isteri kedua ditulis sebagai bujang (belum berkahwin). adakah jatuh talak dengan isteri pertamanya itu akibat daripada pengakuannya sebagai bujang semasa menikahi isteri keduanya?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan saudara, berdasarkan kepada situasi yang dinyatakan tidaklah jatuh talak ke atas isteri pertamanya dengan sebab pengakuannya sebagai "bujang" semasa membuat permohonan perkahwinan keduanya. Adapun, perbuatan suami menipu atau memberi keterangan/ pengakuan palsu adalah berdosa. Perlakuan ini memberi kesan dari segi hukum syarak dan Undang-undang Keluarga Islam. Jika pelakunya berani menipu, maka beranilah bertanggungjawab di atas perbuatan yang telah dia lakukan, Allah SWT memberikan kehinaan dan dipandang hina oleh manusia lain. Segala perbuatan akan ditanya Allah pada hari akhirat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 13

message user image