BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada persoalan.. saya sedang mencari tabung untuk menyimpan duit, kemudian saya terjumpa tabung Aeon, ramai yang cakap tabung tu bagus, akan dapat dividen setiap bulan jika simpan dalam tabung tu, persoalan saya boleh ke saya ambik duit dividen tu? sebab saya tak tau daripada mana hasil duit dividen yang diberikan pada saya sepanjang saya menyimpan tu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, duit dividen tersebut adalah dibenarkan dan boleh digunakan untuk pelanggan menikmati ganjaran yang disediakan. Hal ini kerana hasil maklumat yang ditemui, Tabung Aeon atau Aeon Bank (M) Berhad merupakan bank digital Islamik pertama di Malaysia yang dilesen dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 26 Mei 2024 dan kini menawarkan pelbagai produk dan servis patuh Syariah untuk perbankan peribadi dan perbankan perniagaan menerusi AEON Bank Biz. 

Ia merupakan akaun simpanan-i yang menyediakan dividen (keuntungan) melalui saving pots dengan kadar keuntungan sebanyak 3% setahun serta menggunakan kontrak murabahah melalui susunan tawarruq. Sebagai Muslim, jika ingin mendaftar mana-mana akaun bank, hendaklah dipastikan terlebih dahulu ia akaun perbankan Islam supaya tidak terlibat dengan akaun simpanan konvensional yang bertentangan dengan syarak. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 78

message user image