Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum... Mohon jangan post di mana-mana sebab saya malu, maaf and terima kasih. Around 7 September 2025, saya ada send mesej terhadap seorang akak yang ada jual air. Mesej tersebut berbunyi begini.. 'Assalamualaikum kak! Kak, hari tu masa saya tolong jaga gerai akak (around 15 Ogos), saya tersilap jual harga air besar green tea. Dua orang bayar RM2 je, patutnya RM2.50 (masa tu tak tau lagi harga air green tea besar). Jadi saya nak ganti RM1 kat akak. Boleh saya transfer dekat QR akak?༎‿༎'
Kemudian, dia reply 'wslm ok takpe takpe'. Lalu saya pun bagitau 'baik' dan 'terima kasih'. Saya reply begitu sahaja kerana tidak mahu panjang cerita, takut mengganggu.
Cuma tak tahu kenapa saya masih ragu-ragu rasa macam belum terlepas dari hal tersebut. Saya kadang tertanya-tanya, adakah urusan tersebut dikira settle? Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan
Berkaitan hal ini, ia boleh dinisbahkan sebagai penyelesaian dengan redha-meredhai. Semuanya telah diselesaikan dengan perkataan ‘ok takpe takpe' yang membawa maksud ia telah dihalalkan, diizinkan dan dilepaskan tanpa perlu membayar kembali. Mungkin jumlahnya tidak besar dan boleh dimaafkan.
Ia boleh disamakan dengan hukum mengibra’kan atau melepaskan dan menggugurkan hutang adalah termasuk dalam konsep al-sulh sepertimana yang dibincangkan oleh syarak. Dan hukumnya adalah dibenarkan dan dibolehkan. (al-Fiqh Manhaji)
Justeru, sekiranya pemberi hutang telah melepaskan tanggungjawab hutang daripada penerima hutang, maka penerima hutang tersebut dikira bebas dari melangsaikan hutang tersebut dan hutang tersebut telah dikira selesai.
Hal ini bertetapan dengan konsep al-sulh yang sememangnya terdapat dalam syariat Islam sendiri. Ini juga bertepatan dengan kaedah fiqh berikut:
Maksudnya: Perkara yang digugurkan (dilangsaikan) tidak akan kembali.
Sekiranya masih was-was ada baiknya puan berjumpa dengan tuan kedai dan selesaikan dengan membayar kembali tersalah kira tersebut.
Sekian, terima kasih