Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan lafaz cerai. Baru-baru ni saya dan suami bergaduh, saya mengugut untuk cederakan diri sendiri dan hendak keluar dari rumah. Ketika saya nak masuk kereta, suami kata kalau keluar jugak jatuh. Tapi suami tidak menyebut jatuh talak.. Sekadar perkataan jatuh.
Soalan saya bagaimanakah status lafaz tersebut? Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tersebut, ayat suami iaitu : kalau keluar jugak jatuh, boleh dikategorikan sebagai lafaz talak secara kinayah (kiasan). Lafaz sebegini memerlukan niat semasa suami melafazkannya. Jika suami berniat cerai, maka jatuhlah talak ke atas isteri. Jika suami tidak berniat cerai, maka talak tidak jatuh. Sekiranya puan ingin mendapatkan penjelasan lanjut, boleh hubungi Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk maklumat selanjutnya.
Sekian, terima kasih.