BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya adalah wanita melayu islam, baru2 ini saya telan bernikah dengan lelaki warga pakistan, bersama saya adalah 1 org ustaz, 2 org saksi, saya dan suami, tanpa kehadiran wali, saya berstatus janda dan kami ingin mmbuat akad nikah tanpa mendaftar pernikahan, suami berkata nikah adalah sah kerana saya adalah janda, tetapi kami berlainan mazhab dan wali saya tidak tahu tentang pernikahan kami, ijab qabul juga melalui cara pernikahan pakistan dimana ustaz bertnya kepada kami sebanyak 3 kali adakah kami setuju dinikah kn dan kami menjawb ya, adakah nikah ini sah dri segi agama? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan, sesuatu pernikahan yang sah pada syarak hendaklah cukup rukun-rukun dan syarat-syarat nikah. Menurut Mazhab Syafi‘i iaitu mazhab rasmi dan qaul muktamad di Malaysia, setiap pernikahan hendaklah wujud atau ada wali kerana ada adalah salah satu diantara 5 rukun nikah yang wajib ada, tidak kira sama ada wanita itu anak dara atau janda. Ini berdasarkan hadis daripada Abi Burdah bin Abi Musa daripada bapanya R.Anhuma berkata, bersabda Rasulullah SAW :

لَا نِكَاحَ إِلَّا بِوَلِيٍّ

Yang bermaksud : “Tidak sah nikah kecuali dengan wali.” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi)

Berdasarkan keterangan di atas dan merujuk kepada Undang-Undang Keluarga Islam Selangor Tahun 2003, didapati pernikahan puan jika dilaksanakan dalam negeri Selangor adalah meragukan dan boleh membawa kepada tidak sah nikah kerana tidak menggunakan wali yang sah menurut hukum syarak. 

Oleh yang demikian, puan disyorkan untuk melaporkan pernikahan puan dengan kadar yang segera ke mana-mana Pejabat Agama Islam atau Mahkamah Syariah yang berhampiran dalam negeri Selangor bagi mendapatkan pengesahan yang rasmi berkaitan pernikahan puan kerana mereka adalah pihak yang berautoriti dalam menentukan samada sesuatu pernikahan itu sah atau tidak berdasarkan undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 5

message user image