BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam Ustaz/ Ustazah,

Saya dalam dilemma. Saya sudah berkahwin dgn suami saya selama 3 tahun dan kami tinggal di luar negara. Kami selalu balik menziarahi ibu bapa setahun sekali dan baru- baru ini alhamdulillah suami ada rezeki boleh balik 2 bulan lepas atas urusan kerja dan sempat menzirahi keluarganya juga. Suami saya anak tunggal dan rapat dengan keluarganya.  2 bulan lepas suami ada bagitahu ibu bapa mertua saya kata dia nak pergi umrah dengan keluarga saya bulan December ini. Mereka berasa tidak seronok dengan berita ini. Pada asalnya, saya tidak mengetahui tentang ini dan suami hanya berkata tak mahu pergi atas sebab kewangan nak simpan duit. Jadi, memandangkan ada duit lebih saya beli tiket and hotel untuk suami saya pergi dan surprise dia. Sebelum booking tiket umrah, saya sudah tanya sama ada dia akan pulang melawat keluarganya di Malaysia bulan Dec atau mungkin ibu dan bapa mertua saya ingin datang melawat dia, tetapi dia cakap tidak ada plan nak balik atau mereka datang melawatnya. Malah saya sudah minta dia tanya mereka sama ada ibu dan bapa mertua mahu ikut mengerjakan Umrah mereka tidak mahu. Dan suami saya pernah beritahu bahawa dia teringin nak pergi umrah.

 

Baru-baru ini, suami saya beritahu ibu dan bapanya bahawa saya buat surprise beli ticket untuk dia pergi umrah dan terus bapa mertua saya marah dan mengatakan ,'tidak tak boleh pergi'. Saya buntu kerana mengapa mereka tak izin suami saya pergi umrah dengan keluarga saya. Suami saya kemudian bercakap denagn ibunya, dan ibunya berkata dia juga tidak tahu mengapa bapa mertua saya sangat marah. Apa patut saya buat ustaz/ustazah? Saya tak mahu suami saya jadi anak derhaka tetapi saya juga tak faham mengapa bapa mertua saya tak bagi suami saya pergi umrah dengan keluarga saya. Saya sudah bayar semua flight dan tiket suami saya untuk pergi Dec ini dan kemungkinan tak boleh dapat kembali duit tersebut. Ibu dan bapa mertua saya juga sudah pernah mengerjakan umrah dengan anaknya ( suami saya ) beberapa kali jadi mengapa mereka tak izin suami saya pergi bersama keluarga saya. Kalau suami saya tidak pergi dia akan hanya kerja seperti biasa seorang diri. Mengapa ya ustaz, apa perlu saya lakukan? Bapa mertua saya ada masalah jantung jadi saya tidak mahu sebab perkara ini kesihatan dia merosot. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca soalan saya ini dan saya dan saya berharap ustaz/ustazah dapat beri nasihat dan panduan kepada saya. Sya hanya ingin pergi umrah mengerjakan ibadah umrah bersama suami dan keluarga saya. Boleh ustaz tolong beri pencerahan apakah itu salah di sisi agama ustaz? Dan mengikut islam, bolehkan ibu bapa masuk campur dalan urusan rumah tangga kami kerana sekarang hubungan kami tidak baik disebabkan ini. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan :

1. Di dalam Islam jika ibu bapa melarang anaknya melakukan ibadah sunat, maka ia tidak wajib ditaati, kecuali jika jelas membawa mudarat kepada mereka. Walaupun begitu, si anak tetap wajib berbuat baik dan beradab kepada kedua ibubapanya. Dalam mendepani persoalan puan, tidak berdosa bagi seorang anak lelaki yang telah berkahwin untuk menunaikan umrah bersama isterinya, walaupun ayah melarang, selagi larangan itu bukan kerana kewajipan syara yang nyata dan pemergian tersebut tidak membawa mudarat besar kepada ayah. Namun, cara menanggani larangan itu tetap perlu beradab dan berhikmah, kerana berbakti kepada ibu bapa kekal wajib.

2. Dalam rumahtangga anak-anak, ibu bapa hanya boleh berperanan dalam memberi khidmat nasihat atau pandangan umum sahaja, namun ibu dan bapa tidak berhak mengawal keputusan atau membuat keputusan terhadap perjalanan rumah tangga anak-anak yang sudah berkahwin itu, kecuali jika melibatkan maksiat, pengabaian tanggungjawab atau kemudaratan yang sangat besar.

3. Namun, keperihatinan puan terhadap kesihatan bapa mertua itu sesuatu yang sangat terpuji, kerana mungkin kemarahan bapa mertua itu berpotensi membahayakan kesihatannya kepada yang lebih serius. Maka menangguhkan atau menukar rancangan adalah pilihan ihsan, walaupun bukan hukumnya wajib namun menjaga nyawa didahulukan daripada ibadah sunat, dan tindakan itu bukan sesuatu kekalahan, tetapi suatu kemenangan dari segi akhlak dan tingkah laku.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 3

message user image