BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Ayah saya lima orang adik berdik. 3 org (termasuk dirinya sendiri) adik beradik seibu sebapa, 2 org adik beradik seibu. Tiga adik beradik itu ialah 1.anak perempuan 2.ayah saya 3.anak lelaki(sudah meniggal). Manakala lagi dua ialah 4.anak lelaki seibu 5.anak perempuan seibu. 

Opah saya bercerai dgn suami pertamanya iaitu datuk kandung saya. Namun, sampai kini kami tak tau keberadaan datuk kandung saya sama ada dia masih hidup atau sudah meninggal. 

Saya ada lima org adik beradik kandung seibu sebapa. Empat perempuan seorang abg lelaki. 

Sekiranya ayah saya meninggal dunia, bolehkah abg kandung saya skip urutan wali dan menjadi wali nikah saya atas sbb status datuk kandung saya tak diketahui?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan saudari, urutan wali tidak boleh terus dilangkau dengan menjadikan abang kandung sebagai wali selagi isu datuk iaitu wali selepas ayah belum diputuskan oleh hakim Mahkamah Syariah. Ini kerana berdasarkan maklumat, datuk kandung pernah wujud secara sah tetapi tidak diketahui sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Maka dalam fiqh wali seperti ini dipanggil مفقود (mafqud)  iaitu orang yang hilang dan tidak diketahui samada hidup atau mati.

Oleh yang demikian, menurut Mazhab Syafi‘i :

1. Wali yang mafqud tidak gugur secara automatik 

2. Tidak boleh dilangkau

3. Permohonan hendaklah dipanjangkan ke Mahkamah Syariah untuk prosedur pengesahan wali nikah.

Jika hakim mengesahkan datuk itu mafqud, maka hak wali berpindah kepada Wali Hakim atau Wali Raja.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 4

message user image