BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Pergaduhaan disebab kan orng ke tiga (pkerja saya), suami saya disihir oleh pekerja saya (dia letakkan benda sihir dalam minuman) dan alhamdulillah suami sudah dirawat selepas pergaduhan dibawah berlaku.

Adakah sah taklik sekiranya perkata itu berlalu sebelum taklik dilafazkan? 

Kami bergaduh, dan saya nak cakap dekat mak yg dia buat a,b,c dekat saya. Suami balas "bagitau mak, aku lepas mu". Saya tak bgtau mak sampai ke hari ini. Tpi saya bagitau adiknya dan kawan saya (mak tiri penyihir itu) pasal A,b,c 

Kami bergaduh lgi hri kedua Dan saya bagitau suami, saya xbagtau mak pasal a,b,c tapi saya bagtau adiknya dan rakan saya.

 " saya memberitahu a,b,c kepada adik ipar saya". Dan suami balas ,bagitau a,bc,d kepda adik ipar "lepas lah". Bagitau orang lain pn "lepas jugak".

Adakah ia telah dikira melanggar taklik sekiranya saya memberitahu adik dan kawan saya(ibu tiri penyihir) sebelum suami melafazkan taklik "lepaslah dan lepas jugak".

Esoknya, saya tnya suami, adakah saya ni isterinya lgi. Dia cakap "ya" sebab perkataan "lepas" yang diucapkan bukan niat berpisah/bercerai..

Adakah perkataan "lepas" itu tergolong dalam talaq soreh atau kinayah? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Ucapan suami kepada isteri: "bagitau mak, aku lepas mu" adalah merupakan ucapan kinayah atau kiasan (lafaz yang tidak sorih), perkataan tersebut boleh membawa pelbagai maksud yang lain selain talak, mungkin boleh membawa maksud lepaskan isteri untuk balik ke rumah ibu bapanya, atau bebas nak buat apa sahaja atau sebagainya. Oleh yang demikian jatuh talak atau tidak, adalah  bergantung kepada niat suami jika ucapan kinayah. Seandainya suami berniat talak, maka jatuhlah talak. Seandainya suami tidak berniat talak, maka talak tidak berlaku.

Walau bagaimanapun, adalah disyorkan agar puan merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 5

message user image