Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam. Ayah saya kemalangan melibatkan motosikal dengan pacuan empat roda dan ayah saya akan mendapat claim insurans dari kenderaan yang melanggarnya . semasa proses tuntutan duit insurans tersebut,ayah saya meninggal dunia.minggu lepas duit tersebut baru kami dapat. semasa ayah saya hidup, ayah saya berpesan supaya menggunakan duit tersebut untuk membawa ibu saya ke mekah dan mengagihkan sedikit seorang kepada kami adik beradik. persoalannya di sini.
1. Adakah duit tersebut perlu di faraidkan ?tetapi menurut peguam duit tersebut tidak perlu di faraidkan sebab sebagai bonus untuk kami yang hidup ini?
2. Melalaui 2 amanatarwah ayah saya, apakah amanat yang perlu di dahulukan?
3.Adakah ibu saya berhak terhadap duit tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, tuntutan wang insurans milik ayah tersebut dikategorikan sebagai harta pusaka dan perlulah dibahagi secara faraid kepada waris-waris yang berhak. Adapun arwah ayah pernah berpesan agar wang insurans tersebut boleh digunakan untuk membawa ibu tuan ke Mekah dan membuat pengagihan kepada adik-beradik tuan sekalipun, hal sedemikian perlulah mendapat persetujuan waris-waris yang lain terlebih dahulu sebelum melaksanakan amanat arwah ayah itu.
Sekian, terima kasih.