BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Isteri saya membuat pinjaman rumah atas nama beliau, segala pembayaran deposit, insurans, bulanan, baiki kerosakan dibuat oleh saya. Ibu bapa isteri saya masih hidup. Sekiranya Isteri saya meninggal dunia, adakah rumah itu halal dituntut oleh ibu dan bapa isteri? 

kalau boleh dituntut, kenapa?

Kalau ianya tidak layak dituntut, apakah proses yg perlu saya lakukan?

Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Sekiranya isteri tuan meninggal dunia dan meninggalkan ibu dan bapa yang masih hidup, ibu dan bapa isteri tersebut berhak ke atas harta pusaka arwah isteri memandangkan mereka merupakan waris fardu/wajib atas kematian isteri.

Merujuk kepada situasi yang dikemukakan, isteri tuan hanyalah sebagai peminjam nama ke atas pinjaman rumah tersebut dan segala pembayaran deposit, insurans, bulanan termasuklah baiki kerosakan ditanggung sepenuhnya oleh tuan.

Oleh yang demikian, sekiranya isteri tuan meninggal terlebih dahulu daripada tuan, tuan perlulah mengemukakan segala bukti pembayaran deposit, insurans, bulanan termasuklah baiki kerosakan yang telah dibayar oleh tuan sewaktu perbicaraan pembahagian harta pusaka di Pejabat Pusaka Kecil bagi membuktikan bahawa ianya ditanggung sepenuhnya oleh tuan dan ianya adalah milik tuan yang sah, sementara isteri hanyalah sebagai peminjam nama sahaja.

Selepas berjaya mengemukakan bukti tersebut maka harta tersebut sebenarnya milik tuan dan ibu serta bapa kepada isteri tidak boleh mununtut hak ke atas harta tersebut kerana ia bukan milik arwah isteri tuan.

Selain itu, kaedah lainnya adalah sebelum pembahagian harta pusaka dibuat secara faraid, tuan bolehlah menuntut harta sepencarian kepada pihak Mahkamah Syariah dengan mengemukakan segala bukti pembayaran deposit, insurans, bayaran bulanan, termasuk kos pembaikan kerosakan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 56

message user image