BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ,. sye ade soalan .. suami sye pernah bg amaran pd sye "jika saya check hp dye , maknanya saya nk dia melepaskan saya " adakah ini salah 1 taklik ?? dan adakah jatuh hukum ?? sbb sye ade check hp dye tanpa pengetahuan dye .. dan dye ade bgtw " kalaw nk sgt berpisah nk settle dkat mahkamah atau luar mahkamah "? tp tanpa lafaz apa2. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بع

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, lafaz "jika saya check telefon dia , maknanya saya nak dia melepaskan saya" adalah lafaz taklik yang berbentuk kinayah (kiasan). Jika ia bertujuan menjatuhkan talak ketika itu juga, maka terjatuhlah talak. Akan tetapi, jika dia menginginkan talak itu berlaku pada masa akan datang, maka ia hanyalah satu janji dan tidak menjatuhkan apa-apa talak, selagi tidak digantungkan pada sifat (syarat) tertentu.

Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti dalam mengesahkan suatu lafaz talak itu sah terletak pada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau pengesahan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Rendah Syariah terdekat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 4

message user image