BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan, Puan, Ustaz, Ustazah. Saya ingin bertanya berkaitan dengan lafaz taklik. Baru-baru ini saya dan isteri berlaku perselisihan faham.. kami ada bergaduh tapi hanya melalui apps (WhatsApp).. 
Pada satu ketika, saya hendak menamatkan perbualan tersebut. Lalu, saya ada berkata 'kita pisah lepas kau balik ke'.. *kami ingin pergi menunaikan umrah. Jadi, statement 'balik' itu bermaksud setelah pulang dari umrah..
Saya tidak berniat pun untuk kami bercerai. Cuma saya terlalu penat untuk meneruskan pergaduhan tersebut.. Ayat itu lebih kepada untuk menamatkan perbualan dan pergaduhan ketika itu. Dan seperti untuk sambung berbincang mengenainya selepas kami pulang dari umrah.. Saya mohon pencerahan berkaitan perkara tersebut. Dan apa yang perlu saya buat sekarang..

Terima kasih


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan soalan yang diajukan, lafaz yang diucapkan oleh tuan, iaitu 'kita pisah lepas kau balik ke' adalah berbentuk pertanyaan dan tidak membawa kepada jatuhnya talak. 

Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti dalam mengesahkan suatu lafaz talak itu sah terletak pada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau pengesahan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Rendah Syariah terdekat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 3

message user image