BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya ingin bertanya tentang zihar. Saya dan suami ada berbual secara kasual mengenai bentuk badan. Saya telah mengatakan bahawa keturunan kami mempunyai bentuk badan yang besar di bahagian punggung. Dan saya mengatakan keluarga lelaki seperti ibu tidak ada yang berpunggung besar. Suami telah membalas, tidaklah, mereka pun sama. Adakah telah jatuh zihar ? Dan jika jatuhnya zihar, apa implikasi terhadap status anak kami. 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, zihar ialah perkataan seorang suami yang menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin selama-lamanya dengannya atau menyamakan mana-mana anggota isteri. Lafaz yang diungkapkan oleh suami tidak dikira zihar kerana zihar hendaklah dilihat dari segi niat dan cara perkataan itu dilafazkan. Sekiranya seorang suami berkata sesuatu yang mirip dengan zihar akan tetapi niatnya mulia seperti atas dasar kecantikan atau menyifatkan isterinya seperti ibunya pada saiz, bentuk atau sifat-sifat lain, maka ia tidak dikira sebagai zihar.

Justeru, tidak berlaku zihar dalam situasi ini.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 4

message user image