BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan penjualan "case" Counter Strike dalam platform Steam Market. Saya tahu ada beberapa fatwa daripada institusi barat yang mengatakan bermain Counter Strike itu sendiri sudah haram. Tapi, persoalan saya di sini berkenaan topik sebelumnya. Untuk menjelaskan situasi saya, apabila bermain untuk seketika waktu, saya akan mendapat satu "case" secara percuma. "Case" tersebut boleh dikira sebagai judi apabila dibuka menggunakan "key" yang mana pemain akan mendapat "skins" secara rawak. Semestinya saya sebagai pemain kasual tidak berniat langsung untuk berjudi. Saya hanya ingin menjual "case" tersebut untuk mendapatkan kredit dalam Steam Wallet untuk membeli "games" lain. Apa pandapangan Jabatan Mufti berkenaan hal ini?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan dan penjelasan tuan, penjualan adalah tidak dibenarkan kerana dikhuatiri akan mendorong orang lain untuk terlibat dengan aktviti perjudian atau penipuan. Tambahan, kenyataan yang dikeluarkan daripada laman sesawang Game Developer, valve (pemilik platform Steam) telah menamatkan jualan dan dagangan “key” dalam Counter strike kerana banyak berlaku penipuan yang berleluasa. Daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‌مَنْ ‌دَلَّ ‌على ‌خير ‌فله ‌مثل ‌أجر ‌فاعله

Maksudnya: Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya. (Riwayat Muslim) 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 48

message user image