BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

salam. saya nak tanya pasal trade gold guna aplikasi meta trader. halal atau haram?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, perdagangan emas menggunakan aplikasi meta trader hendaklah diperhalusi secara mendalam dari sudut operasi yang digunakan. Secara umumnya, jika platform tersebut diperakui patuh Syariah oleh agensi berautoriti seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC) atau Bank Negara Malaysia (BNM), maka ia boleh dijadikan pilihan untuk menggunakan platform tersebut sebagai aktiviti perdagangan atau pelaburan. Tetapi jika sebaliknya iaitu platform tersebut tiada dalam senarai atau tidak diperakui patuh Syariah, maka sebaiknya elakkan diri daripada terlibat dengan transaksi tersebut kerana dikhuatiri terlibat dengan riba. 

Bursa Malaysia juga ada menyediakan dokumen Bursa Malaysia-i 101 sebagai platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia sebagai rujukan kepada pelabur yang mencari sekuriti patuh Syariah bagi mengakses perkhidmatan Bursa Malaysia melalui broker Islam. Boleh merujuk kepada pautan berikut:

https://www.bursamalaysia.com/sites/5d809dcf39fba22790cad230/assets/5f2299e939fba266932f9051/Bursa_Malaysia-i_101_Brochure_BAH_V12_FINAL.pdf 

Tambahan pula, dalam urusan jual beli emas, syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak mesti dipatuhi bagi mengelakkan sebarang unsur riba. Antara syarat tersebut adalah jual beli mestilah dilakukan secara sama berat (timbangan atau sukatan), secara tunai, dan berlaku serah terima dalam satu majlis (on the spot). Oleh itu, bagi memastikan pelaburan yang dibuat benar-benar patuh Syariah, adalah penting untuk membuat kajian dan merujuk kepada agensi berautoriti seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM), agar tidak terjebak dalam perdagangan yang dilarang oleh syarak.

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 88

message user image