BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz.. 

Saya bekerja sebagai seorang property agent dimana pendapatan saya adalah berdasarkan komisyen, dan bukan gaji tetap. Komisyen saya pula dibayar dalam bentuk percentage, contohnya sales RM10k, saya akan dapat sekitar 80% drpd total sales tersebut. 

Suami saya sedang di dlm fasa kejatuhan bisnes dia. Utk menampung pembayaran rumah kami, suami saya ada iklankan listing rumah2 sewa saya dgn tujuan mencari penyewa. Suami saya juga seorang property agent. Selalunya dlm kes close deal yang melibatkan 2 agent, pembahagian komisyen adalah 50-50. 

Suami telah meminta saya berikan sepenuhnya bahagian komisyen saya kpd dia supaya dia ada jalan utk membayar installment rumah kami. Maknanya, secara luaran dan pada pandangan agency saya, saya ada sales, tapi bahagian komisyen saya harus diserahkan kepada suami saya utk selesaikan masalah kewangan kami. 

Apakah hukumnya utk saya berikan semuanya kepada suami? Suami Masih ada harta lain seperti beberapa biji rumah. Cuma kalau jual rumah suami yg lain, akan ambil masa utk cari pembeli. Cara dia minta bahagian komisyen saya ini adalah solution terpantas yang dia rasakan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Secara umumnya urusan komisen antara dua agen adalah berdasarkan kesepakatan yang telah dipersetujui atas konsep saling meredhai antara dua pihak tanpa mengira apa pun hubungan antara dua agen, sekiranya telah disepakati pembahagiannya maka perjanjian tersebut wajib dipatuhi hal ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Orang-orang Muslim itu terikat dengan syarat-syarat mereka. (Riwayat Abu Daud)

Permintaan suami untuk meminta sepenuhnya bahagian puan perlu diperjelaskan sama ada ianya sebagai hadiah ataupun sebagai pinjaman, hal ini kerana hasil kerja puan adalah milik puan sepenuhnya dan suami perlu mendapatkan keredhaan puan untuk menggunakannya. Namun sekiranya isteri meredhai bahagiannya diberikan kepada suami maka ianya menjadi hadiah ataupun hibah. Sebaiknya berbincanglah dengan suami dengan cara yang penuh hikmah agar puan tidak tertekan berkaitan soal pembahagian komisen.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 46

message user image