BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammulaikum Contoh ayat niat berpisah dengan isteri:- "Kita selesaikan lepas rumah baru awak (isteri) siap" Adakah jatuh talak jika suami niat dalam hati untuk ceraikan isterinya pada masa tertentu tetapi tidak lafazkan kata 'kita bercerai' seperti ayat di atas? Suami cuma bagi gambaran pada isteri bahawa dia rasa tak boleh teruskan hidup dengan isterinya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan berdasarkan kenyataan puan, maka cerai tidak berlaku kerana ungkapan tersebut membawa maksud cadangan atau perancangan masa depan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 85

message user image