BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Emak tinggal di rumah pusaka ( arwah ayh), rumah ini di beri kepada emak dah akan di faraidkn setelah emak tiada ( perjanjian awal). Emak tinggal bersama dgn 3 org ank perempuan yg belum berkahwin. Emak sorg yg ada pendapatan bulanan lebih kurang RM 10k. Persoalan sy, sekiranya rumah yg di diami mengalami kerosakan, adakah kerosakan itu semua ank perlu keluarkan duit untuk baik pulih? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada situasi dan persoalan yang dikemukakan, pemilik sah sekarang adalah emak puan. Oleh yang demikian, sekiranya rumah yang didiami itu telah mengalami kerosakan, maka tanggungjawab sepenuhnya adalah ke atas emak puan. Namun, sekiranya anak-anak ingin membantu mengeluarkan kos baik pulih kerosakan rumah, maka ianya dianggap sedekah dan ianya diberi ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

Akan tetapi, sekiranya anak-anak berhasrat untuk menuntut segala kos yang telah dikeluarkan untuk baik pulih rumah sekiranya emak puan meninggal dunia suatu hari nanti, maka disarankan agar setiap pengeluaran kos baik pulih, disimpan segala pembuktian resit bayaran kos baik pulih rumah untuk tuntutan pada masa akan datang.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 39

message user image