Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wb.. ustaz, maaf sy ingin bertanya soalan harta pusaka...
Sebelum datuk saya meninggal dunia, tanah kebun telah dibeli oleh pemaju hartanah tetapi bayaran terbahagi 3 fasa, 2001 datuk meninggal & bayaran tanah difaraidkan utk nenek & 7anaknya...2004 nenek meninggal dunia & bahagian nenek menjadi harta pusaka...2010 bayaran akhir telah dibuat oleh pemaju hartanah, adakah bahagian nenek saya perlu difaraidkan..? Buat masa ni pakcik saya kutip pada setiap adik beradik & anak² sedara yg dh tiada org tuanya...
Yang mana sepatutnya lebih baik dibuat ustaz..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, bayaran yang diterima daripada pemaju hartanah pada tahun 2010 (bayaran fasa terakhir) merupakan harta pusaka datuk yang perlu dibahagikan secara faraid kepada waris-waris yang berhak. Namun, sekiranya terdapat ahli waris yang meninggal dunia selepas duit bayaran fasa terakhir diterima daripada pemaju hartanah, maka duit bahagian ahli waris yang meninggal dunia itu pula menjadi harta pusaka mereka yang perlu diagihkan secara faraid kepada waris-warisnya yang berhak.
Secara asasnya, orang yang telah meninggal dunia tidak berhak memiliki apa-apa harta. Sekiranya pemilik asal telah menginggal dunia, maka bayaran yang dibuat oleh pemaju hendaklah diagihkan kepada waris pemilik yang masih hidup.
Sekian, terima kasih.