Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam.Nak tanya .jika jabatan buat pertandingan bowling kutip duit penyertaan.duit sebahagian digunakan untuk beli hadiah dan hadiah dibagi untuk semua peserta tapi mungkin dgn nilai yang berbeza sebab ada penaja tambah sedikit nilai harga hadiah.Adakah dikira macam berjudi/haram?
Jawapan
Allah SWT berfirman dalam surah al-Ma’idah ayat 90:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Justeru, mengambil yuran peserta bagi tujuan hadiah kepada para pemenang ialah satu bentuk pertaruhan yang diharamkan kerana mengakibatkan kerugian melalui main nasib atas pihak yang kalah walaupun hanya menggunakan sebahagian yuran. Oleh itu, dicadangkan agar penganjur mencari penaja untuk menaja hadiah para pemenang. Adapun, yuran peserta boleh digunakan untuk membayar untuk kegunaan urusan pentadbiran pertandingan seperti jamuan dan sewaan.
Perkara ini telah diperhalusi dan mohon merujuk secara teliti Garis Panduan Berasaskan Hadiah yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2013.
Sekian, terima kasih