BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalam Ust.. nk tanya bgi pihak kawan..

kawan saya kena scam pelaburan dlm 50k..dah siasat mmg scammer telah masukkab duit dlm akaun luar negeri.. lpas tu dia berhubung dgn broker yg kata boleh bantu dpt semula dgn cara masuk psaran wang luar negeri yg agak panjang prosesnya.. kesudahan cerita dia dpt balik duit itu tetapi jumlah yg x boleh masuk akal.. pelaburan 50k dpt pulangan hingga 800k..so mcmana dgn duit lebih yg dia dpt tu? ada kah haram? atau ada cara nk menghalalkan nya?

mohon ust beri penjelasan. terimakasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umumnya, pelaburan merupakan satu bentuk usaha ekonomi yang diharuskan syarak selama mana ia mematuhi prinsip-prinsip utama muamalat Islam, antaranya: 

  1. Tiada unsur riba (faedah), gharar (ketidaktentuan keterluan) dan maysir (judi/ spekulasi)

  2. Transaksi berlaku secara taradhi (sukarela) dan bebas penipuan.

  3. Objek pelaburan dan hasilnya adalah halal dan bersih daripada aktiviti haram. 

Bagi individu yang hendak terlibat dengan aktiviti pelaburan, adalah penting untuk memastikan platform yang digunakan adalah disahkan oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Hal ini supaya pelaburan yang dilakukan sah di sisi undang-undang, terkawal dari segi keselamatan dan diawasi pematuhan Syariahnya. Ia juga bagi melindungi pelabur daripada risiko penipuan, manipulasi pasaran, urus niaga haram serta menjamin akad pelaburan berjalan secara telus dan beretika menurut Islam.

Merujuk kepada persoalan, hanya duit pokok atau yang dilaburkan (50k) sahaja boleh diambil semula oleh pelabur. Manakala duit lebihan tersebut dianggap sebagai syubhah yang berpotensi berubah menjadi haram kerana ia bukan keuntungan sah daripada aktiviti yang halal. Wang lebihan tersebut sebaiknya diserahkan kepada pihak berkuasa sebagai langkah keselamatan dari sudut undang-undang atau diserahkan kepada pihak baitulmal negeri untuk kemaslahatan umum. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 43

message user image