Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
1.a Apa hukum kerja ehailing cth maxim
b. Adakah boleh terjadi unsur riba dalam pekerjaan ehailing, cth meminta duit lebih dari penumpang jika tempat yang dituju lebih jauh dari lokasi yang ditetapkan oleh penumpang dalam aplikasi dan jika keadaan jalan teruk
2.apa hukum parti politik memberi duit sebelum mengundi, adakah duit yang diterima itu boleh diguna untuk membeli makanan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan:
Hukum kerja sebagai e-hailing seperti maxim adalah harus kerana ia merupakan salah satu kemudahan yang digunakan untuk membawa penumpang ke sesuatu destinasi.
Sebagai pemandu e-hailing, hendaklah memastikan semua peraturan dipatuhi sebagaimana ditetapkan oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan kerjaya ini selamat dan terjamin dari sudut keselamatan pemandu dan penumpang, kadar sewaan dan pengurusan berkaitan. Jika penumpang menukar destinasi yang lebih jauh, tidak menjadi unsur riba jika pemandu menukar kadar sewaan tetapi hendaklah mengikut jarak baru sebagaimana ditetapkan kadar sewaan dalam sistem e-hailing, bukan menetapkan harga mengikut kepentingan sendiri.
Duit tersebut boleh digunakan sekiranya pemberian tersebut adalah sebagai suatu sumbangan yang diberikan kepada semua masyarakat tanpa menetapkan balasan tertentu seperti mesti mengundi mana-mana pihak selepas menerima duit tersebut. Adalah perlu berhati-hati supaya tidak terlibat dengan rasuah untuk meraih mana-mana undi. Abdullah Ibn ‘Amr RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah. (Riwayat Abu Daud)
Sekian. Terima kasih.